Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kyiv dihujani peluru berpandu 30 minit selepas masuk Tahun Baru

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Sedang banyak negara lain menembak bunga api bagi menyambut tahun baru, Ukraine pula terus dihujani dengan peluru-peluru berpandu dari Rusia, kurang sejam selepas masuk 1 Januari.

Datuk Bandar Ukraine mengatakan bedilan itu bermula sekitar 30 minit selepas tengah malam dan menjejas dua wilayah.

Khidmat kecemasan sebelum itu melaporkan amaran serangan udara di merata Ukraine.

Pada Sabtu (31 Dis), Rusia melancarkan lebih 20 peluru berpandu dalam satu serangan yang Presiden Volodymyr Zelenskyy sifatkan sebagai "satu bukti Mosko bersekongkol dengan syaitan".

Serangan berkenaan merosakkan sebuah hotel dan bangunan perumahan di ibu kota Ukraine.

Sekurang-kurangnya seorang dibunuh dan puluhan lagi cedera.

Di samping itu dalam amanat Tahun Barunya, Presiden Rusia Vladimir Putin, menggesa rakyatnya supaya menyokong pihak tentera yang berjuang di Ukraine.

Beliau menyifatkan konflik itu sebagai satu perjuangan bagi penakatan Rusia.

Beliau juga berikrar untuk menang ke atas Ukraine yang beliau gelar sebagai neo-Nazi dan mendakwa pihak Barat mahu menghancurkan Rusia.
Sumber : Agensi berita/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan