Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuwait kesan kes pertama varian Omicron COVID-19

Kes itu dikesan pada seorang pelawat warga Eropah yang tiba di Kuwait pada Rabu (8 Dis) dari sebuah negara Afrika.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuwait kesan kes pertama varian Omicron COVID-19

Pelawat sudah lengkap divaksin terhadap COVID-19 tiba di lapangan terbang Bandar Kuwait pada 5 Sep 2021 (Gambar: YASSER AL-ZAYYAT/AFP)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 01:08PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 01:12PM

LONDON: Kuwait mengesan kes pertama varian Omicron COVID-19, menurut Arab News, menukil agensi berita rasmi KUNA pada Rabu (8 Dis).

Varian itu dikesan pada seorang pelawat warga Eropah yang tiba di Kuwait dari sebuah negara Afrika di mana varian tersebut dikesan sebelum ini, lapor KUNA, memetik seorang jurucakap kementerian kesihatan.

Dr. Abdullah Al-Sanad berkata kepada KUNA bahawa pelawat itu sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dan kini dikuarantin di tempat yang dikhususkan, selaras dengan protokol kesihatan.

Beliau menambah kementerian itu sudah mengambil langkah-langkah waspada yang sewajarnya sejak beberapa negara mencatatkan kes melibatkan varian baru koronavirus tersebut.

Dr Al-Sanad berkata lanjut bahawa buat masa ini, keadaan di Kuwait adalah stabil. Namun, rakyat dan penduduk di sana digesa supaya mendapatkan suntikan dos penggalak untuk membantu kementerian tersebut mengekang penularan.

Beliau menekankan kajian-kajian menunjukkan vaksin sedia ada berkesan terhadap Omicron.

Kuwait mencatatkan 33 kes baru COVID-19 dan satu lagi kematian berkaitannya pada Rabu, membawa angka keseluruhan jangkitan kepada hampir 413,600.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan