Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kurang pengalaman atau muda bukan alasan, yang penting bagaimana Exco Johor tunaikan janji: Pakar

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Persoalan tentang usia muda dan kurang pengalaman bukan isu utama dalam konteks pentadbiran kerajaan sesebuah negeri.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, pelantikan 70 peratus golongan muda dan 100 peratus muka baru bagi 10 jawatan Exco Johor perlu menjadi contoh dan dilihat sebagai nafas baru dalam politik, lapor Astro AWANI.

"Sangat klise apabila kita mengatakan mesti ada orang lama dan baru dalam pentadbiran. Itu bukan persoalannya kerana pengalaman itu berevolusi secara masa, pengalaman datang dari peluang yang diberikan.

"Mungkin ada kesilapan di mana-mana sebab mereka masih baru tetapi dalam konteks kerajaan, sebuah pentadbiran harus mempunyai satu bentuk ekosistem lengkap. Ada pegawai tadbir yang membantu exco, barisan exco juga akan dibantu dalam konteks pembuatan dasar dari pihak legislatif Johor. Mereka ini boleh membantu memberi input.

"Yang penting sekarang ialah bagaimana exco ini akan melaksanakannnya. Saya percaya mereka bersemangat, mereka ada idealisme, mahu keluar dan bawa UMNO khususnya dan pentadbiran negeri Johor ke tahap lebih tinggi kerana mereka sedar suasana politik sudah berubah, demand rakyat juga semakin besar," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Ahad (27 Mac).

Dalam masa yang sama, Mujibu berkata realiti dunia politik tetap perlu diterima, di mana sikap ego dan kepartian sedikit sebanyak masih wujud.

"Contoh pentadbiran yang baik ialah apabila semua pihak memainkan peranan dan mempunyai nuansa yang sama iaitu untuk kemajuan dan kebaikan Johor.

"Mungkin akan ada mempersoalkan mengangkat orang muda secara besar-besaran tetapi sebagai sebuah negeri, mereka harus cari sinergi dan bekerjasama dalam menggembleng tenaga supaya pentadbiran negeri berjalan dengan baik seperti yang dituntut rakyat," ujar beliau.

Pada Sabtu (26 Mac), seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, lapor Astro AWANI.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan berkenaan adalah ADUN Buloh Kasap, Zahari Sarip, Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K Raven (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom) dan Mohd Hairi Mad Shah (Larkin).

Selain itu, Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah), Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu di hadapan Sultan Johor.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan