Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuota haji Indonesia bertambah kepada 221,000 jemaah; tiada lagi had usia 65 tahun

Had usia 65 tahun ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi semasa ibadah haji tahun lalu untuk membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuota haji Indonesia bertambah kepada 221,000 jemaah; tiada lagi had usia 65 tahun

Gambar: SPA/AFP

Diterbitkan : 09 Jan 2023 04:08PM Dikemas Kini : 09 Jan 2023 05:16PM
JAKARTA: Pemerintah Indonesia dan Arab Saudi memeterai kesepakatan bagi mengendalikan 221,000 jemaah haji bagi tahun 2023.

Menteri Agama Indonesia Yaqut Cholil Qoumas mencapai kesepakatan itu dengan Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Tawfiq Al Rabiah, di Jeddah pada Ahad (8 Jan).

Tahun lalu, lebih 211,000 jemaah Indonesia menunaikan haji.

Turut diumumkan, tiada lagi batas usia 65 tahun bagi mereka yang akan naik haji tahun ini.

Had usia 65 tahun ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi semasa ibadah haji tahun lalu untuk membendung penularan COVID-19.

"Ini bermakna jemaah berusia atas 65 tahun boleh berangkat untuk menunaikan haji tahun ini," tambah Encik Yaqut.

Menteri Agama Indonesia Yaqut Cholil Qoumas turut mendedahkan tiada lagi perlaksanaan haji yang diuruskan muasasah. Sebaliknya, haji akan diselenggarakan oleh pihak syarikat.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, juga sedang melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi mulai hari ini (9 Jan) hingga Khamis.

Encik Masagos turut mengetuai delegasi Singapura di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah.

Beliau juga akan bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Saudi untuk membincangkan isu haji tahun ini.
Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan