Skip to main content

Dunia

Kumpulan perubatan Jepun isytihar darurat COVID-19

Sembilan kumpulan perubatan di Jepun pada Isnin mengisytiharkan darurat apabila sistem rawatan di seluruh negara diancam krisis berikutan peningkatan kes COVID-19, lapor Jiji Press.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan perubatan Jepun isytihar darurat COVID-19

Penduduk di Tokyo, Jepun pakai pelitup pada 20 Nov 2020 di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: AP/Eugene Hoshiko)

Diterbitkan : 22 Dec 2020 12:45PM Dikemas Kini : 22 Dec 2020 12:46PM

TOKYO: Sembilan kumpulan perubatan di Jepun pada Isnin mengisytiharkan darurat apabila sistem rawatan di seluruh negara diancam krisis berikutan peningkatan kes COVID-19, lapor Jiji Press.

"Sistem perubatan yang membolehkan setiap orang menerima rawatan berada dalam situasi yang sangat tidak menentu," kata Ketua Persatuan Perubatan Jepun Toshio Nakagawa, pada sidang media bersama di Tokyo.

"Kita perlu mengurangi kes jangkitan baharu dengan apa jua cara," kata Encik Nakagawa, yang menyifatkan penularan virus COVID-19 kini menjadi satu "ancaman luar biasa," dibandingkan dengan penyebaran influenza pada musim sejuk.

Sembilan kumpulan itu mendesak masyarakat mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mencegah jangkitan dan meminta pemerintah pusat dan daerah menyokong petugas perubatan barisan hadapan.

Beberapa perwakilan daripada sembilan kumpulan itu meminta sekatan pergerakan lebih ketat oleh pemerintah untuk membendung virus tersebut.

Sembilan kumpulan itu termasuk Persatuan Hospital Jepun, Persatuan Perubatan Tokyo, Persatuan Pergigian Jepun, Persatuan Farmasi Jepun dan Persatuan Jururawat Jepun.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita