Kumpulan pertama seramai 37 warga Indonesia selamat pulang dari Syria
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Leo Correa/AP
JAKARTA: Indonesia sudah mula memindahkan rakyatnya dari Syria di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu berikutan tumbangnya rejim al-Assad.
Seramai 37 rakyat Indonesia selamat tiba di Jakarta semalam.
Mereka melarikan diri dari Syria menerusi Beirut di Lubnan
sebelum menyambung perjalanan ke Indonesia menggunakan pesawat komersial.
Kedutaan Indonesia di Damsyik kini dalam proses memindahkan lagi 90 pelajar.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, lebih 1,000 warganya masih lagi berada di Syria,
dengan ramai daripada mereka bekerja secara haram di sektor pelayanan.
Mengulas mengenai usaha memindahkan rakyatnya dari Syria, Judha Nugraha, Pengarah Perlindungan Rakyat Indonesia berkata: "Berdasarkan pengamatan kita, memang situasi pertempuran antara kelompok pembangkang dengan tentera Syria sudah selesai, kerana sudah ada pengisytiharan kemenangan daripada kelompok pembangkang.
"Namun ancaman-ancaman keamanan masih tetap ada, situasi di lapangan masih dinamik," tambahnya.
Beliau menarik perhatian bahawa Israel masih terus melancarkan serangan udara di beberapa wilayah Syria, termasuk Damsyik,dan ada juga beberapa penjarahan yang terjadi di beberapa daerah yang akan menimbulkan ancaman bagi warga Indonesia. Lantas, pihaknya akan terus memantau situasi di sana.

Sumber : AGENCIES/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.