Kumpulan pertama mangsa cedera, warga asing dipindah dari Gaza; operasi digantung selepas kem pelarian dibedil lagi
Anggaran Waktu Membaca:

Rakyat Palestin tiba di lintasan Rafah antara Carikan Gaza dan Mesir pada Rabu (1 Nov). (Gambar: AP)
ISMAILIA: Seramai 76 rakyat Palestin yang cedera dan 335 warga asing atau mereka yang mempunyai dua kerakyatan telah melarikan diri dari Carikan Gaza ke Mesir apabila lintasan Rafah dibuka kepada orang awam buat seketika pada Rabu (1 Nov).
Ia juga merupakan operasi pemindahan yang pertama di Gaza dalam masa sebulan,sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober.
Menjelang pukul 4.30 petang waktu tempatan, ambulans telah membawa 76 rakyat Palestin yang cedera itu ke Mesir manakala, enam bas sudahpun mengangkut seramai 335 pemegang pasport asing, kata pegawai kepada AFP, yang boleh dihubungi menerusi panggilan telefon di Ismailia.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini menyatakan bahawa ia akan membenarkan 90 rakyat Palestin yang cedera dan sekitar 545 warga asing serta mereka yang mempunyai dua kerakyatan untuk melintasi pada Rabu.
Namun operasi tersebut segera digantung setelah Israel melancarkan lagi serangan ke atas kem pelarian terbesar Gaza buat hari kedua berturut-turut.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, berpuluh-puluh orang maut dalam serangan tersebut.
Dalam perkembangan terkini, Hamas menyatakan sekurang-kurangnya 195 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza pada Selasa dan Rabu.
Lagi 120 masih belum ditemui di bawah serpihan runtuhan, dan sekurang-kurangnya 777 lain cedera, menurut pejabat Hamas dalam kenyataannya.
Israel sebelum ini menyatakan pihaknya menyasarkan dan membunuh pemimpin Hamas di kem tersebut.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar akan meneruskan serangannya sehingga ia meraih kemenangan ke atas Hamas.
Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pula berkata Hamas mempunyai dua pilihan iaitu untuk mati atau menyerah diri tanpa syarat.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.