Kumpulan penggodam China intip prasarana penting AS, kata agensi perisikan barat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Unsplash
NEW YORK: Kumpulan penggodam China yang dibiayai negara mengintip pelbagai pertubuhan prasarana kritikal Amerika Syarikat (AS) daripada telekomunikasi ke hab pengangkutan, menurut agensi perisikan barat dan Microsoft pada hari Rabu (24 Mei).
Kumpulan itu juga menyasarkan wilayah pulau AS Guam, lokasi kepada pangkalan tentera Amerika yang penting secara strategik, menurut Microsoft dalam satu laporan, sambil menambah bahawa "menangani serangan ini mungkin mencabar".
Walaupun China dan Amerika Syarikat secara rutin melakukan pengintipan antara satu sama lain, para penganalisis berkata kumpulan itu adalah salah satu kempen pengintipan siber China terbesar yang diketahui terhadap prasarana penting AS.
Kedutaan China di Washington tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberikan komen.
Tidak jelas berapa banyak pertubuhan yang terjejas, tetapi Agensi Keselamatan Negara AS (NSA) menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan rakan-rakan termasuk Kanada, New Zealand, Australia dan Britain, serta Biro Penyiasatan Persekutuan AS untuk mengenal pasti sebarang pelanggaran. Kanada, Britain, Australia dan New Zealand memberi amaran bahawa mereka boleh menjadi sasaran penggodam juga.
Penganalisis Microsoft berkata mereka mempunyai "keyakinan sederhana" bahawa kumpulan China itu yang digelar sebagai "Volt Typhoon", sedang membangunkan keupayaan yang boleh mengganggu prasarana komunikasi penting antara Amerika Syarikat dengan rantau Asia semasa krisis masa depan.
"Ini bermakna mereka sedang bersedia untuk kemungkinan itu," tambah John Hultquist, yang mengetuai analisis ancaman di Mandiant Google Intelligence.
Aktiviti kumpulan itu adalah unik dan membimbangkan juga kerana penganalisis masih belum mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kemampuan kumpulan ini, tambahnya.
"Terdapat minat yang lebih besar terhadap kumpulan ini kerana keadaan geopolitik."
Memandangkan China sudah meningkatkan tekanan ketenteraan dan diplomatik dalam tuntutannya terhadap Taiwan yang ditadbir secara demokrasi, Presiden AS Joe Biden berkata beliau akan bersedia menggunakan kekerasan untuk mempertahankan Taiwan.
Penganalisis keselamatan menjangkakan penggodam China boleh menyasarkan rangkaian tentera AS dan prasarana penting lain jika China menyerang Taiwan.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.