Kumpulan pengganas giat rekrut kanak-kanak melalui permainan online: Pakar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
JAKARTA: Kumpulan pengganas kini semakin giat menggunakan permainan online untuk mempengaruhi dan menyebarkan fahaman radikal terhadap kanak-kanak di seluruh dunia termasuk di Indonesia, sekali gus mencetus kebimbangan terhadap gelombang ekstremisme digital yang kian meningkat, menurut pakar pemantauan keganasan.
Dalam lawatan terbaharu ke Jakarta, Pengerusi Hedayah yang berpangkalan di Abu Dhabi, Dr Ali Rashid Al Nuaimi, menegaskan bahawa kanak-kanak sering melihat permainan sebagai hiburan yang tidak berbahaya, menjadikan mereka sasaran mudah kepada mesej pelampau.
“Keganasan adalah isu global, ancaman global. Kumpulan ideologi ganas dahulunya merekrut melalui pertemuan langsung atau media sosial; kini kumpulan pengganas merekrut pejuang melalui permainan online,” katanya.
Sementara itu, Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT) Indonesia turut menyuarakan kebimbangan sama dan berkata pihaknya sudah merangka langkah untuk menangani ancaman itu.
“Kami melihat rangkaian pengganas tempatan merekrut golongan muda melalui media sosial dan permainan online dan kami sudah mengambil langkah untuk menanganinya,” kata ketua BNPT Eddy Hartono, dalam kenyataan pada Jumaat.
Program Duta Keamanan agensi itu menggalakkan golongan belia menyebarkan mesej keamanan online bagi menangkis naratif pelampau.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.