Kumpulan pendaki Nepal pertama menawan puncak gunung K2 pada musim sejuk
Satu sejarah telah tercipta. Sekumpulan pendaki dari Nepal berjaya mendaki gunung K2 menjadi yang pertama menawan puncak tersebut semasa musim sejuk.
(Gambar: Instagram/nimsdai)
KATHMANDU: Satu sejarah telah tercipta.
Sekumpulan pendaki dari Nepal berjaya mendaki gunung K2 menjadi yang pertama menawan puncak tersebut semasa musim sejuk.
Pada ketinggian lebih 8,600 meter, K2 adalah gunung kedua tertinggi selepas Gunung Everest.
Semasa musim sejuk, angin boleh bertiup pada kelajuan lebih 200 kilometer sejam dan suhu merosot ke paras -60 darjah Celsius.
Kumpulan 10 pendaki itu sampai ke puncak gunung K2 sekitar pukul 5.00 petang waktu tempatan.
Namun kejayaan itu turut dicemari tragedi kematian seorang pendaki dari Sepanyol yang jatuh ketika hendak turun ke kem pangkalan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.