Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan pemberontak kawal 'sebahagian besar' Aleppo, kata pemerhati Syria

Anggaran Waktu Membaca:
ALEPPO: Seorang pemerhati peperangan di Syria berkata pada Sabtu (30 Nov) bahawa kumpulan pemberontak kini menguasai sebahagian besar bandar Aleppo.

Serangan udara oleh Rusia juga dilaporkan di sebahagian kawasan bandar kedua terbesar Syria buat pertama sekali sejak 2016.

Kumpulan pemberontak di Syria melancarkan serangan ke atas pemerintah negara tersebut, yang menerima sokongan oleh Iran dan Rusia, sejak Rabu (27 Nov).

Ia dilaksanakan pada hari yang sama gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dikuatkuasakan.

"Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dan sekutunya... menguasai sebahagian besar bandar dan pusat pemerintah serta penjara", dedah Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain.

HTS, sekutu yang diketuai oleh bekas cawangan kumpulan Al-Qaeda di Syria, menguasai sebahagian besar wilayah Idlib, barat laut Syria, serta sebahagian wilayah Aleppo, Hama dan Latakia.

Seramai 311 nyawa terkorban sejak serangan dilancarkan, yang terdiri daripada 183 anggota HTS dan kumpulan dibantu Turki, 100 tentera dan kumpulan pro-pemerintah, serta 28 orang awam.
Sumber : AFP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan