Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi tamatkan perpecahan susuli rundingan di China
Anggaran Waktu Membaca:

(Dari kiri ke kanan) Naib Pengerusi Fatah Mahmoud al-Aloul, Menteri Luar China Wang Yi, dan anggota kanan Hamas Mussa Abu Marzuk menghadiri satu acara di Beijing. (Gambar: AFP)
BEIJING: 14 kumpulan Palestin bersetuju untuk menamatkan perpecahan mereka dan mengukuhkan perpaduan Palestin.
Sebagai tanda persetujuan itu, para pemimpin kumpulan-kumpulan tersebut telah menandatangani Deklarasi Beijing pada Selasa (23 Jul), yang turut dihadiri Menteri Luar China, Wang Yi, lapor CGTN dalam satu catatan di media sosial.
Deklarasi tersebut ditandatangani di upacara penutupan sebuah dialog perdamaian antara kesemua kumpulan itu, yang diadakan di Beijing dari 21 hingga 23 Julai, lapor penyiar negara CCTV.
Acara itu berlangsung pada akhir dialog penyatuan semula yang melibatkan 14 kumpulan tersebut di ibu kota China itu sejak Jumaat lalu.
Kumpulan-kumpulan Palestin itu termasuk, Fatah dan Hamas, yang telah bermusuhan sejak kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber : Reuters/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.