Skip to main content

Dunia

Kumpulan Palestin kecam tindakan tentera Israel ceroboh ruang solat Masjid Al-Aqsa ketika 1 Syawal

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan Palestin kecam tindakan tentera Israel ceroboh ruang solat Masjid Al-Aqsa ketika 1 Syawal

Tentera Israel berada di perkarangan Masjid Al-Aqsa. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Apr 2023 09:37PM
GAZA: Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad mengutuk tindakan Israel menceroboh ruang solat Bab al-Rahma atau Pintu Rahmat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis Timur.

Demikian lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan media Palestin, tentera Israel merosakkan infsfrastruktur di ruang itu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri pada Sabtu (22 Apr).

Jurucakap Hamas, Hazim Qasim, berkata tindakan itu adalah kesinambungan daripada "perang agama Israel terhadap tapak suci di Baitulmakdis."

“Perjuangan untuk memelihara 'identiti Arab-Islam' di Masjid Al-Aqsa akan diteruskan tanpa boleh digugat,” katanya dalam satu kenyataan bertulis.

Jurucakap Islamic Jihad, Tarek Silmi, berkata serbuan itu satu lagi pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa. 

"Percubaan (Israel) untuk menguasai masjid tidak akan berjaya," tegasnya.

Pada awal bulan ini, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan mengusir secara paksa jemaah, sekali gus meningkatkan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Serbuan itu mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan manakala Israel melakukan serangan dengan melancarkan serangan udara.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita