Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan nasionalis Hindu gesa larangan pemakaian burqa

Kumpulan nasionalis Hindu yang bersekutu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa larangan pemakaian burqa selepas Sri Lanka melarang wanita Islam memakainya susulan serangan bom militan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan nasionalis Hindu gesa larangan pemakaian burqa

Para penduduk tiba di stesen pusat mengundi semasa fasa keempat pilihan raya India di kawasan Kendrapala, Odisha, pada 29 Apr 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 May 2019 08:25PM Dikemas Kini : 01 May 2019 10:20PM

NEW DELHI: Kumpulan nasionalis Hindu yang bersekutu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa larangan pemakaian burqa selepas Sri Lanka melarang wanita Islam memakainya susulan serangan bom militan di negara itu.

Pemerintah Sri Lanka mengenakan larangan tersebut semalam (30 Apr) bagi membantu pasukan keselamatan mengenal pasti orang ramai di bawah perintah darurat selepas serangan bom nekad semasa sambutan Easter pada Ahad lalu di gereja meragut lebih 250 nyawa.

“Kami mengalu-alukan keputusan ini dan menuntut Perdana Menteri Narendra Modi mengambil langkah sama di Sri Lanka iaitu melarang pemakaian burqa dan jubah di India,” kata parti Shiv Sena yang berpangkalan di Mumbai menulis dalam ruangan editor akhbar Saamana.

Kementerian Dalam Negeri India enggan memberikan sebarang komen mengenai tuntutan itu.

Beberapa pemimpin Islam berkata larangan pemakaian burqa satu serangan ke atas kebebasan sivil dan tuntutan itu dibuat sekarang bagi mencetuskan kontroversi memandangkan rakyat India yang majoriti beragama Hindu mengundi dalam pilihan raya.

Kira-kira 14 peratus daripada 1.3 bilion penduduk India beragama Islam.

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan