Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan kelima jemaah umrah Indonesia mula jalankan ibadah umrah

Kumpulan kelima jemaah umrah Indonesia mula menjalankan ibadah umrah, tengah malam Jumaat (11 Dis), selepas berada di Madinah sekitar lima hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan kelima jemaah umrah Indonesia mula jalankan ibadah umrah

Jemaah umrah Saudi dan warga asing melakukan tawaf di Masjidil Haram pada 4 Okt 2020. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 12 Dec 2020 04:14PM Dikemas Kini : 12 Dec 2020 04:20PM

MAKKAH: Kumpulan kelima jemaah umrah Indonesia mula menjalankan ibadah umrah, tengah malam Jumaat (11 Dis), selepas berada di Madinah sekitar lima hari.

Sekitar 160 jemaah Indonesia telah berlepas ke Jeddah pada Ahad lalu sebelum terus berangkat ke Madinah.

Selepas dikuarantin tiga hari di hotel masing-masing, barulah mereka dibenarkan ke Masjid Nabawi.

BERITAmediacorp difahamkan pihak berkuasa Saudi masih memerlukan para jemaah dari luar Saudi menjalani ujian COVID-19 dari masa ke masa, walaupun setiap permohonan visa umrah sekarang perlu disertakan dengan ujian COVID-19, tiga hari sebelum berangkat.

Semasa pembukaan fasa ketiga umrah sejak 1 November lalu, sejumlah 13 jemaah Indonesia diuji positif COVID-19 semasa di Saudi.

Namun semakan kepada protokol kesihatan sudah dijalankan sebelum visa umrah untuk warga Indonesia dibuka semula, lewat bulan lalu.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan