Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan Islam konservatif, pelajar sertai gerakan bantah undang-undang buruh Indonesia

Lebih 1,000 penunjuk perasaan dari kumpulan Islam konservatif dan pelajar termasuk pertubuhan Islam terbesar Indonesia Nahdlatul Ulama berhimpun di ibu kota Jakarta bagi membantah undang-undang buruh yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan Islam konservatif, pelajar sertai gerakan bantah undang-undang buruh Indonesia

(Gambar: AP/Dita Alangkara)

Diterbitkan : 13 Oct 2020 08:48PM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 08:51PM

JAKARTA: Lebih 1,000 penunjuk perasaan dari kumpulan Islam konservatif dan pelajar termasuk pertubuhan Islam terbesar Indonesia Nahdlatul Ulama berhimpun di ibu kota Jakarta bagi membantah undang-undang buruh yang baru kerana disifatkan memperkecilkan hak-hak pekerja dan tidak melindungi alam sekitar.

Menurut Nahdlatul Ulama, undang-undang tersebut berat sebelah dan lebih menyokong syarikat-syarikat konglomerat.

Tetapi ia sebaliknya tidak mengendahkan hak golongan pekerja Indonesia.

Kumpulan agama itu adalah yang terkini menyertai bantahan-bantahan di seluruh Indonesia menuntut agar undang-undang buruh tersebut ditarik balik.

Bantahan-bantahan yang bermula sejak minggu lalu diadakan di merata Indonesia melibatkan ribuan rakyat Indonesia.

Sejauh ini, lebih 6,000 orang telah ditangkap.

Pemerintah Indonesia bagaimanapun tetap mempertahankan undang-undang tersebut sebagai bertujuan mengurangkan birokrasi dan menarik para pelabur.  

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan