Kumpulan Indonesia batal tunjuk perasaan pada Isnin susuli langkah keselamatan diperketat
Anggaran Waktu Membaca:
Polis rusuhan berlalu di pusat bandar Jakarta semasa rondaan pada 31 Ogos 2025. (Gambar: Reuters/Willy Kurniawan)
JAKARTA: Para pelajar dan kumpulan masyarakat sivil di Indonesia membatalkan tunjuk perasaan pada Isnin (1 Sep), setelah seminggu kemarahan memuncak berhubung gaji para anggota parlimen dan tindak balas polis.
Pembatalan itu dilakukan atas kebimbangan akan langkah-langkah keselamatan yang diperketat selepas rusuhan maut pada hujung minggu.
Tunjuk perasaan bermula di Jakarta seminggu yang lalu dan merebak ke seluruh negara, dengan jumlah pesertanya melonjak tinggi sekaligus menjadi semakin sengit selepas sebuah kenderaan polis melanggar dan membunuh seorang pemandu teksi motosikal pada Khamis malam.
Pada Ahad, Presiden Prabowo Subianto berkata parti-parti politik bersetuju untuk mengurangkan elaun anggota parlimen, dalam usaha untuk menenangkan tunjuk perasaan di mana sekurang-kurangnya lima orang maut.
Beliau juga mengarahkan tentera dan polis mengambil tindakan tegas terhadap perusuh dan penjarah selepas rumah-rumah anggota parti politik dan bangunan-bangunan kerajaan dipecah masuk atau dibakar.

Perikatan Wanita Indonesia, sebuah gabungan kumpulan masyarakat sivil pimpinan wanita, menyatakan pihaknya menunda tunjuk perasaan yang dirancang di parlimen untuk mengelakkan tindakan keras oleh pihak berkuasa.
"Penangguhan itu dilakukan untuk mengelakkan keganasan lebih buruk oleh pihak berkuasa... penangguhan ini berkuat kuasa sehingga situasi menjadi tenang," menurut kumpulan itu menerusi catatan Instagram pada Ahad.
Kumpulan pelajar juga menunda tunjuk perasaan pada Isnin, dengan satu kumpulan utama menyatakan keputusan itu "disebabkan keadaan yang sangat mustahil."
Tidak jelas sama ada kumpulan lain akan mengadakan tunjuk perasaan di Jakarta atau bandar-bandar lain pada Isnin, dengan catatan di media sosial daripada beberapa kumpulan memberi amaran tentang risalah tunjuk perasaan palsu.
Polis mengadakan sekatan jalan raya di seluruh ibu kota Jakarta pada Isnin, dan jurucakap polis memberitahu penyiar Kompas TV bahawa pegawai juga meronda bandar itu untuk "melindungi" rakyat dan mewujudkan rasa selamat.
Polis sudah mengerahkan konvoi kereta berperisai dan motosikal ke parlimen pada lewat Ahad, sebagai unjuran kekuatan untuk memberi amaran kepada penunjuk perasaan.
Krisis itu memaksa Encik Prabowo membatalkan rancangan lawatan ke China minggu ini untuk perarakan tentera memperingati berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas kebakaran pada Jumaat yang dimulakan oleh penunjuk perasaan di sebuah bangunan majlis di bandar timur Makassar.
Seorang lagi mangsa maut di Makassar pada Jumaat selepas beliau dipukul oleh sekumpulan perusuh atas syak wasangka bahawa beliau adalah seorang pegawai perisikan, kata pegawai agensi bencana tempatan Muhammad Fadli Tahar kepada AFP pada Ahad.
Di Yogyakarta, Universiti Amikom Yogyakarta mengesahkan kematian pelajarnya Rheza Sendy Pratama dalam protes, tetapi keadaan di sebalik kematiannya masih tidak jelas.
Protes dan keganasan telah mengganggu pasaran kewangan, dengan pasaran saham jatuh lebih tiga peratus dalam urus niaga pembukaan pada Isnin.

Sumber : Agensi berita/NK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.