Kumpulan The Hague umum langkah luar biasa hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan The Hague adakan persidangan di Bogota, Colombia yang disertai 30 negara.(Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Satu pakatan negara mengumumkan enam tindakan bersepadu dalam bidang diplomatik, undang-undang dan ekonomi terhadap serangan berterusan Israel ke atas Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), termasuk pemindahan senjata kepada rejim itu.
Keputusan tersebut dicapai semasa persidangan dua hari anjuran Kumpulan The Hague yang berlangsung di Bogota, Colombia, yang menghimpunkan 30 negara.
Kementerian Luar Colombia serta Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan dalam satu kenyataan bersama pada Rabu berkata, 12 negara sebulat suara bersetuju melaksanakan enam langkah utama bagi memutuskan sebarang bentuk kerjasama yang bersekongkol dengan tindakan Israel di Gaza.
Kesemua 12 negara yang menyokong keputusan itu - Bolivia, Colombia, Cuba, Indonesia, Iraq, Libya, Malaysia, Namibia, Nicaragua, Oman, Saint Vincent and the Grenadines, serta Afrika Selatan - berikrar untuk segera melaksanakan langkah tersebut menerusi kerangka undang-undang dan pentadbiran masing-masing.
“Langkah itu termasuk melarang pembekalan atau pemindahan senjata, peluru, bahan api ketenteraan dan barangan dwiguna kepada Israel, serta menghalang kapal yang membawa barangan tersebut daripada berlabuh atau diselenggara di pelabuhan negara atau di bawah bendera negara masing-masing,” menurut kenyataan itu.
Langkah lain termasuk menyemak semula semua kontrak awam bagi mengelak pembiayaan terhadap projek yang berkaitan dengan pendudukan Israel, memastikan kepertanggungjawaban terhadap jenayah antarabangsa menerusi siasatan dan pendakwaan, serta menyokong bidang kuasa sejagat bagi menegakkan keadilan kepada mangsa di wilayah Palestin yang diduduki.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa negara yang mengambil bahagian menegaskan komitmen mereka untuk mengambil tindakan berkesan terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, dan mengajak negara lain supaya mengguna pakai langkah tersebut menjelang sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September 2025.
Pelapor Khas PBB bagi Hak Asasi Manusia Palestin, Francesca Albanese, berkata langkah 12 negara itu merupakan tindakan penting sambil menegaskan bahawa “masa kini semakin suntuk bagi negara dari Eropah, dunia Arab dan lain-lain untuk turut serta”.
Sementara itu, kenyataan tersebut menambah bahawa kesemua 30 negara peserta turut sebulat suara bersetuju bahawa era kekebalan mesti ditamatkan - dan undang-undang antarabangsa mesti dikuatkuasakan tanpa rasa takut atau pilih kasih melalui dasar dan perundangan domestik yang segera - serta menyeru gencatan senjata segera dilaksanakan.
Kumpulan The Hague, iaitu pakatan global yang dianggotai sembilan negara - Belize, Bolivia, Colombia, Cuba, Honduras, Malaysia, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan - ditubuhkan pada Januari tahun ini bagi menggerakkan sokongan antarabangsa untuk menamatkan kekejaman Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.