Kumpulan dwipartisan AP Australia adakan lawatan ke Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
SYDNEY: Sekumpulan ahli politik persekutuan Australia akan adakan lawatan lima hari ke Taiwan pada Ahad (4 Dis) dengan tujuan untuk menyampaikan hasrat Australia untuk mengekalkan keamanan di Indo-Pasifik, lapor akhbar Australian pada Sabtu (3 Dis).
Kumpulan itu termasuk Parti Buruh dan gabungan ahli parlimen pembangkang Liberal-National.
Kumpulan tersebut adalah delegasi pertama seumpamanya yang melawat Taiwan sejak 2019, menurut laporan The Australian.
Lawatan itu termasuk pertemuan dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu.
Lawatan berkenaan mendapat sokongan daripada Kementerian luar Taiwan.
Lawatan itu dilaporkan dirahsiakan untuk menghalang diplomat China di Canberra yang melobi untuk membatalkan pertemuan itu.
Ia juga dilaporkan akan melibatkan mesyuarat mengenai keselamatan, perdagangan, pertanian dan hal ehwal orang asli.
Kementerian luar Australia tidak segera menjawab permintaan bagi pengesahan laporan berkenaan.
Lawatan ke Taiwan yang didakwa oleh Beijing sebagai wilayah China, dijalankan ketika pemerintahan Buruh Australia yang dipilih baru-baru ini, berusaha untuk memperbaiki hubungan diplomatik yang tegang dengan China.
Hubungan Australia dengan China tegang sebelum ini disebabkan pertikaian perdagangan dan asal-usul pandemik COVID-19, di tengah-tengah kehadiran China yang semakin meningkat di Pasifik.
Namun, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese bulan lalu bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di luar sidang puncak G20 di Indonesia meningkatkan jangkaan hubungan dua hala yang lebih kukuh.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.