Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan belia Korea Utara derma pelancar roket kepada tentera

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Sebuah kumpulan belia Korea Utara mendermakan pelancar roket kepada pihak tentera sebagai tanda "semangat kesetianegaraan", lapor media tempatan KCNA pada Rabu (7 Jun).

Ini sedang negara terpencil itu berhadapan dengan ancaman negara asing yang kian meningkat.

Senjata tentera yang didermakan itu berlangsung di sebuah acara pada Selasa (6 Jun) sedang Persatuan Kanak-Kanak Korea (KCU), sebuah kumpulan belia politik, menyambut ulang tahunnya yang ke-77.

Kumpulan KCU, yang mana anggotanya dikenali dengan skaf merah, ditubuhkan untuk mempromosikan ideologi politik Korea Utara termasuk 'Juche', atau yang bermaksud untuk berdikari.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Korea Utara memperhebatkan propaganda dan penyampaian mesej awam, termasuk mengadakan perhimpunan di mana patung pemimpin Korea Selatan dan Amerika Syarikat dibakar, sedang program-program peluru berpandu dan nuklearnya mencetuskan kebimbangan yang meningkat di luar negara.

Korea Utara melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila ia melancarkan beberapa jenis peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) terbesarnya tahun ini.
Minggu lalu, ia menerima kritikan hebat masyarakat antarabangsa apabila ia cuba melancarkan satelit perisiknya yang pertama, walaupun roket dan muatannya terjunam ke dalam laut.
Upacara pada Selasa itu dihadiri pegawai kanan parti yang memerintah, lapor KCNA. Ia tidak menjelaskan bagaimana dana dikumpulkan bagi mendapatkan senjata tentera tersebut.

Pelancar roket yang didermakan dinamakan "Sonyeon", yang bermaksud kanak-kanak lelaki dalam bahasa Korea, walapun anggota kumpulan belia itu merangkumi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan