Kuil Buddha berusia 270 tahun di Thailand ditenggelami banjir
Di Thailand, sebuah kuil Buddha yang dibina 270 tahun lalu ditenggelami banjir selepas sebuah tembok bagi mencegah air bah, runtuh.

Kawasan luar kuil Ayutthaya yang ditenggelami banjir. (Gambar: AFP)
BANGKOK: Di Thailand, sebuah kuil Buddha yang dibina 270 tahun lalu ditenggelami banjir selepas sebuah tembok bagi mencegah air bah, runtuh.
Negara itu dilanda banjir teruk di tengah-tengah musim hujan lebat baru-baru ini.
Pekarangan kuil Ayutthaya kini berada dua meter di bawah paras air.
Pihak berkuasa Thailand telah mengeluarkan lebih banyak amaran mengenai banjir sedang sungai Chao Phraya terus melimpahi tebing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.