Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuih bahulu air tangan Mak Cik Bon bangkit rasa nostalgia buat penggemar

Anggaran Waktu Membaca:

KANGAR: Kuih bahulu kampung atau dikenali sebagai bahulu cermai yang dihasilkan melalui kaedah tradisional menggunakan sabut kelapa dan acuan tembaga lebih sedap dan wangi serta membangkitkan rasa nostalgia kepada para penggemarnya.

Che Ambon Ahmad, 85 tahun, yang mesra dipanggil mak cik Bon berkata beliau lebih puas membuat dan membakar sendiri bahulu menggunakan sabut kelapa kerana anak, cucu dan cicitnya lebih gemarkan bahulu buatannya berbanding yang ada di pasaran.

“Bagi mak cik rasa kuih yang kita hasilkan sendiri berbeza daripada yang dijual, mak cik rasa gembira bila lihat anak-anak dan cucu makan bahulu yang mak cik hasilkan sendiri,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Sambil mengacau campuran gula dan telur menggunakan pengadun tangan, Che Ambon berkata setiap kali sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan menghasilkan 100 hingga 200 biji hidangan wajib setiap kali Hari Raya itu.

Katanya yang membuat bahulu sejak berumur 12 tahun, proses membuat bahulu bukan mudah, namun memerlukan kesabaran tinggi kerana adakalanya bahulu yang dihasilkan tidak menjadi.

Ibu kepada tiga anak itu berkata bahan yang diperlukan hanya menggunakan telur ayam, gula pasir yang dipukul sehingga berbuih sebelum dimasukkan tepung gandum yang disangai, kemudian bancuhan itu dimasukkan ke dalam acuan tembaga sebelum dibakar kira-kira tiga minit.

“Mak cik akan terus hasilkan bahulu setiap kali hari raya selagi masih sihat,” katanya.

Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan