Kugiran The 1975 pulang sebelum aduan polis diterima
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Daniel Leal)
KUALA LUMPUR: Polis menerima aduan mengenai tindakan kugiran The 1975 yang melakukan aksi tidak senonoh di Festival Good Vibes 2023 di Sepang, Jumaat (22 Jul) hanya selepas kugiran itu berlepas pulang ke Britain, dedah Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.
Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa polis tidak cekap dalam menangani kejadian itu, beliau berkata kumpulan itu berlepas pulang ke Britain dalam tempoh enam jam (pukul 5.30 pagi) selepas konsert itu dihentikan pada pukul 11.30 malam, 21 Julai.
“...dan laporan polis pertama yang diterima adalah pada keesokan hari pada 2.00 petang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan Bendera Kejohanan World Police & Fire Games Winnipeg 2023 kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri di Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Isnin (25 Jul).
Beliau berkata siasatan kes itu masih berjalan dan dibuat mengikut Seksyen 509, 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Encik Ayob Khan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berurusan dengan pihak berkuasa Britain sekiranya terdapat proses pendakwaan terhadap kugiran The 1975.
“Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan di negara ini maka kita tidak boleh memohon notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) kecuali ia melibatkan kesalahan besar,” katanya apabila ditanya sama ada PDRM akan meminta bantuan daripada Interpol.
Encik Ayob Khan berkata setakat ini polis sudah selesai mengambil 13 keterangan bagi membantu siasatan iaitu enam keterangan diambil daripada pengadu, seorang penganjur dan enam daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara.
Katanya lagi, polis menerima 18 laporan dan lapan daripadanya dibuat di Selangor.
Jumaat lalu, persembahan kugiran The 1975 dihentikan menyusuli tindakan biadab vokalisnya Matty Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara semasa Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.