Kugiran The 1975 batalkan persembahan di Indonesia, Taiwan ekoran kontroversi di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram
KUALA LUMPUR: Kugiran The 1975 membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia sehari selepas aksi serta kenyataan kontroversi mereka dalam satu festival muzik di Malaysia.
Perkara tersebut dimaklumkan kugiran itu sendiri menerusi kenyataan rasmi di akaun-akaun Instagram @WeTheFest dan @LiveNationTW pada Ahad (23 Jul).
"Kugiran ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan secara mudah kerana sudah lama tidak sabar untuk bermain buat para peminat di Jakarta dan Taipei.
"Malangnya, ekoran keadaan semasa, adalah mustahil untuk meneruskan rancangan yang dijadualkan," kata kugiran pop rok British itu dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.
Malaysia pada Sabtu (22 Jul) mengarahkan penganjuran festival muzik di Kuala Lumpur itu dibatalkan selepas vokalis kumpulan berkenaan, Matt Healy, bertindak mencium rakan sejantina yang juga gitaris kumpulan di atas pentas.
Bukan itu sahaja, Healy turut memegang botol arak di atas pentas selain membuat kenyataan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.
Kejadian yang berlaku pada hari pertama festival itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk dalam kalangan peminat kumpulan itu sendiri.
Difahamkan, kugiran The 1975 sebelum ini dijadualkan membuat persembahan di Jakarta pada Ahad manakala di Taiwan pada Selasa (25 Jul).

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.