Kuda kerdil jadi pemandu arah pertama seorang wanita di London
Khidmat anjing pemandu memang biasa digunakan golongan cacat penglihatan.
LONDON: Khidmat anjing pemandu memang biasa digunakan golongan cacat penglihatan.
Tetapi kini seekor kuda kerdil akan menjadi pemandu arah pertama kepada seorang wanita di London.
Namun kuda bernama Digby iTU perlu menjalani orientasi memperkenalkannya kepada sistem pengangkutan bawah tanah London.
Wanita yang bakal menjadi pemilik Digby nanti sering menaiki kereta api bawah tanah.
Lebih banyak latihan juga dirancangkan seperti lawatan ke restoran dan kedai untuk menyesuaikan diri kepada sekitaran sibuk kehidupan di bandar.
Kuda pemandu sering kelihatan di banyak negara asing tetapi ini adalah kali pertama haiwan itu membantu menjadi penunjuk arah kepada golongan kurang bernasib baik di Britain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.