Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing hitam diselamatkan setelah berhari-hari tenggek di atas tiang 11 meter

Anggaran Waktu Membaca:
 Kucing hitam diselamatkan setelah berhari-hari tenggek di atas tiang 11 meter

Kucing hitam bernama Panther ini terperangkap di atas tiang 11 meter selama berhari-hari sebelum akhirnya diselamatkan pada 10 Dis 2021(Gambar: Philip B. Poston/Sentinel Colorado via AP)

COLORADO: Buat dua hari atau mungkin lebih lama lagi, penduduk di sebuah kejiranan di Amerika Syarikat menunggu dengan hati yang berdebar-debar akan nasib seekor kucing hitam diberi nama Panther, yang bertenggek di atas tiang lampu setinggi 11 meter.

Panther tidak berganjak meskpun pelbagai ikhtiar dibuat oleh pemiliknya, Alexis Soberanis dan penduduk lain untuk memujuknya turun dari tiang di Aurora, Colorado itu. Meski dipujuk dan diumpan dengan makanan, semuanya tidak berhasil, lapor media tempatan Sentinel Colorado.

Kucing itu dilaporkan hilang awal minggu lalu dan pertama kali dilihat di atas tiang itu pada Rabu (8 Dis).

"Semua orang berkata, 'Letak saja makanan dan ia lama-kelamaan akan turun," kata seorang penduduk Aurora, Jessica Meadows pada pagi Jumaat, ketika salji mula turun di bandar itu. "Namun nampaknya itu tidak berlaku."

Meadows berkata dia dan jiran tetangga lain menghubungi syarikat kawalan haiwan Aurora dan Xcel Energy untuk mendapatkan bantuan.

"Semua orang berkata mereka tidak dapat buat apa-apa," kata Meadows.

Amalan biasa, menurut sebuah lagi syarikat perbekalan awam, adalah memberi masa kepada kucing untuk turun sendiri, lapor Sentinel Colorado.

Khabar tentang nasib Panther akhirnya sampai di telinga anggota Majlis Bandaran Aurora, Curtis Gardner dan pegawai bandar segera mengerahkan lori tangga pada Jumaat petang. Selepas meletakkan kenderaan itu di bawah tiang tersebut, anggota bomba berjaya menyelamatkan kucing berkenaan. Panther kelihatan tidak sabar-sabar untuk memasuki beg pengangkut haiwan.

Kimberly Medina, seorang lagi pemilik Panther, berkata kucing itu sebelum ini sering dibiarkan keluar rumah begitu saja.

Namun dia sudah serik selepas kejadian tersebut sambil berkata: "Tidak boleh lagi, walaupun hanya sekali."

Sumber : AP/TQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan