Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing ditemui masih hidup dalam beg guni terapung di sungai M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing ditemui masih hidup dalam beg guni terapung di sungai M'sia

(Gambar: Tangkapan skrin video nadzris/TikTok)

KUALA LUMPUR: Seekor kucing ditemui masih hidup dalam beg guni yang diikat menggunakan wayar dan terapung di sungai pada Rabu (3 Mei).

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @nadzris, menunjukkan seorang lelaki yang sedang memancing ternampak beg guni yang terapung-apung itu. 

Dia menarik beg itu ke botnya dan membuka beg tersebut di tepi sungai, menurut New Straits Times.

Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila dia ternampak seekor kucing hitam yang sedang mengiau dengan suara yang lemah. 

"Manusia sekarang kejam sungguh. Tak tahu dah berapa lama kucing itu berada dalam guni tu. 

"Masa buka (beg guni) tu, Allahu, kesian dah lembik separuh nyawa, ada orang ikat (beg) pakai dawai," kata lelaki itu.

"Ingat kita seksa binatang ni, nanti tak lepas di sana," luahnya lagi. 

Video itu ditonton lebih 877,000 kali setakat pukul 9.00 malam Jumaat (5 Mei). 

Rata-rata warga net turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana menyelamatkan kucing tersebut dan mendoakan yang terbaik buatnya.

"Semoga diperluaskan rezeki mu brother. Amin amin amin," kata seorang warga net. 

"Terima kasih selamatkan meow. Moga menjadi asbab penarik ke syurga. Amin."

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan