Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing di taman haiwan M'sia ini diberi 'penempatan tetap' di samping Capybara setelah 2 tahun tinggal bersama

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Seekor kucing yang digelar Oyen kini secara rasminya diberi ‘penempatan tetap’ bersama Capybara di Zoo Negara di Malaysia.

Malah pihak Zoo Negara menerusi TikToknya dilihat turut menambah papan tanda ‘Oyen’, menandakan kawasan tersebut kini turut didiami oleh kucing tersebut, pada Ahad (25 Jun).

Melalui pemerhatian Kosmo! di media sosial, kucing tersebut didapati mula ‘menyertai’ kumpulan Capybara itu sejak tahun 2020 lalu, malah pernah dilihat turut memakan sayur bersama haiwan tersebut.

“Nampak tua dah Oyen. Masa saya pergi Zoo tahun 2020 nampak muka budak-budak lagi tengah kunyah sayur dengan Capybara tu,” kata seorang pengguna.

“Daripada intern, terus kena serap ya. Terbaiklah Oyen,” kata seorang pengguna dengan nama akaun Wiser My.

“Wah, dah jadi permastautin tetap nampak,” seloroh pengguna dengan nama akaun Sham8123 pula.

“Oyen, kau ni dengan Myvi sama ja,” komen seorang lagi pengguna dengan nama akaun Izaa13.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat bahawa Oyen kini menjadi ‘aset’ baru Zoo Negara untuk menarik lebih ramai pengunjung, lapor Kosmo!.

“Salah satu tarikan pengunjung ke Zoo Negara. Pihak zoo kena jaga budak Oyen ni baik-baik,” cadang pengguna dengan nama akaun Sahidan82_Sulaiman. –
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan