Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing bawa anak masuk kaunter imigresen, curi perhatian warganet

Anggaran Waktu Membaca:
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gelagat seekor kucing memotong barisan di Jabatan Imigresen. Malaysia.>>

KUALA LUMPUR: Dengan sempadan banyak negara yang kini dibuka semula, ramai yang memperbaharui pasport mereka di Jabatan Imigresen supaya sedia untuk melancong.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan situasi lucu apabila seekor kucing memotong barisan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, ramai orang sedang menunggu giliran mereka untuk ke kaunter di Jabatan Imigresen.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila seekor kucing dilihat membawa anaknya ke kaunter dengan selambanya. Orang ramai yang menunggu giliran untuk dipanggil dilihat bengang dengan kucing yang mencuit hati ramai itu.

Kelihatan seorang budak lelaki cuba menahan dan menangkapnya namun gagal kerana kucing itu masuk ke dalam kaunter dengan laju.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih lebih 1.8 juta tontonan, 152,000 tanda suka dan 1,000 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap kucing itu.

"Lama sangat tunggu giliran, anak dah merengek, dia masuk dalam terus pergi jumpa pegawai tinggi imigresen dalam pejabat," tulis seorang warganet.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan