Skip to main content

Dunia

Kubur bekas CEO Cradle Fund digali semula

Jenazah Allahyarham bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 , Kota Damansara untuk dibedah siasat buat kali kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Kubur bekas CEO Cradle Fund digali semula

Gambar fail mendiang CEO Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan semasa menyampaikan ucapan perasmian CIP300. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Oct 2018 05:41PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 05:42PM

PETALING JAYA: Jenazah Allahyarham bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 , Kota Damansara untuk dibedah siasat buat kali kedua.

Ketua Polis Selangor, Mazlan Mansor mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya betul, saya mengesahkan jenazah Allahyarham Nazrin dibawa keluar dari tanah perkuburan itu dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya,” kata Encik Mazlan yang enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengatakan proses bedah siasat jenazah Allahyarham Nazrin dijalankan petang ini (8 Okt).

Proses penggalian semula kubur Allahyarhan Nazrin yang bermula 8.30 pagi ini selesai pada 12.45 tengah hari.

Jenazah Allahyarham Nazrin diiringi beberapa kenderaan polis.

Hari ini (8 Okt), Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan isteri mangsa untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan. Bedah siasat itu dijalankan bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan mangsa itu.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes pembunuhan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Allahyarham Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lalu yang pada mulanya dilaporkan disebabkan letupan telefon bimbitnya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita