Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kubah masjid roboh selepas kebakaran berlaku di Jakarta Islamic Center

Anggaran Waktu Membaca:
Kubah masjid roboh selepas kebakaran berlaku di Jakarta Islamic Center

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Oct 2022 09:27AM Dikemas Kini : 21 Oct 2022 02:08PM

JAKARTA: Masjid Jakarta Islamic Center di ibu kota Indonesia musnah akibat kebakaran semasa menjalani kerja-kerja narik taraf pada Rabu (19 Okt).

Rakaman media sosial menunjukkan saat kubah masjid itu roboh. 

Pasukan bomba dimaklumkan mengenai kebakaran itu sejurus selepas pukul 3.00 petang waktu tempatan, dengan sekurang-kurangnya 10 kereta bomba dikerahkan ke tempat kejadian, lapor media Indonesia. 

Punca kebakaran masih belum diketahui. Laporan media menyatakan Pusat Pengkajian dan Pengembangan Islam itu sedang menjalani kerja-kerja ubah suai apabila insiden tersebut berlaku. 

Rakaman video menunjukkan api dan kepulan asap berlegar dari kubah masjid itu sebelum ia roboh. 

Tiada kecederaan yang dilaporkan akibat kebakaran ataupun keruntuhan yang menyusuli. Media tempatan menyatakan polis sedang menyiasat punca kebakaran dan sudahpun menyoal siasat para kontraktor yang bekerja di bangunan tersebut. 

Selain masjid, kompleks Pusat Islam itu juga menempatkan kemudahan-kemudahan pendidikan, komersil dan kajian. 

Kubah masjid itu pernah terbakar semasa menjalani kerja-kerja ubah suai hampir 20 tahun lalu, di mana ia mengambil masa sehingga lima jam untuk memadamkan api kebakaran yang meletus pada Oktober 2002. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan