Skip to main content

Dunia

Kuat kuasa gencatan senjata sebelum adakan rundingan damai: Kyiv

Anggaran Waktu Membaca:
Kuat kuasa gencatan senjata sebelum adakan rundingan damai: Kyiv

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy sebelum beliau bertemu pasukan tentera yang bakal berbuka puasa pada Mac 2025. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 17 Aug 2025 07:47AM Dikemas Kini : 17 Aug 2025 07:49AM
KYIV: Ukraine pada Sabtu (16 Ogos) menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia tanpa terlebih dahulu melaksanakan gencatan senjata, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Pendapat kami ialah: gencatan senjata dahulu, kemudian barulah yang lain,” kata Penasihat kepada Presiden Volodymyr Zelensky, Serhiy Leshchenko, dalam siaran televisyen Ukraine.

Beliau berkata, jika pertempuran diteruskan ketika rundingan berlangsung, ada “risiko besar Ukraine diperas ugut”, sehari selepas Presiden Trump mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska bagi membincangkan usaha menamatkan peperangan.

Presiden Trump sebelum ini menulis di platform Truth Social bahawa selepas berunding dengan Encik Zelensky dan sekutu-sekutu Eropah, “semua pihak” bersetuju cara terbaik untuk mencapai keamanan di Ukraine adalah dengan terus mencapai perjanjian damai - dan bukan dengan gencatan senjata, yang menurutnya sering gagal dipatuhi.

Ukraine mempertahankan negaranya daripada pencerobohan besar-besaran Rusia sejak hampir tiga setengah tahun lalu.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita