'Kuasa asing' tidak boleh tentukan masa depan Taiwan: Presiden Lai Ching-te
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Lai Ching-te berucap sempena ulang tahun kedua beliau menyandang jawatan Presiden, 20 Mei 2026. (Gambar: I-Hwa Cheng / AFP)
TAIPEI: Presiden Taiwan Lai Ching-te menyatakan pada Rabu (20 Mei) bahawa "kuasa luar" tidak boleh menentukan masa depan pulau itu, yang kini amat bergantung kepada sokongan keselamatan daripada Amerika Syarikat bagi menghalang kemungkinan berlaku serangan daripada China.
Kenyataan Encik Lai itu dikeluarkan beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membayangkan bahawa penjualan senjata kepada Taiwan boleh digunakan sebagai modal tawar-menawar dengan China.
Beijing mendakwa pulau itu adalah sebahagian daripada wilayahnya dan mengancam untuk merampasnya secara paksa.
"Masa depan Taiwan tidak boleh ditentukan oleh kuasa luar, dan ia juga tidak boleh dijadikan tebusan semata-mata akibat ketakutan, perpecahan, atau kepentingan jangka pendek," tegas Encik Lai dalam ucapan sempena memperingati tahun kedua pentadbirannya sebagai presiden.
Komen Encik Trump dalam temu bual bersama Fox News dan ketika berada dalam pesawat Air Force One dikeluarkan menyusuli lawatan rasmi beliau ke Beijing minggu lalu.
Dalam lawatan itu, Presiden China Xi Jinping mendesak pemimpin Amerika Syarikat itu supaya jangan menyokong Taiwan.
Sejak itu, pemerintah pimpinan Encik Lai mula bertindak mempertahankan diri dengan menegaskan bahawa dasar Amerika Syarikat terhadap Taiwan tidak berubah, dan Encik Trump tidak membuat sebarang komitmen kepada China berhubung isu penjualan senjata kepada pulau tersebut.
Taipei menyatakan bahawa China adalah "punca utama" kepada ketidakstabilan serantau, manakala penjualan senjata oleh Amerika Syarikat pula merupakan satu komitmen undang-undang yang sah demi pertahanan sebuah negara pulau yang demokratik.
Dalam kenyataannya pada Rabu (20 Mei), Encik Lai memberitahu para wartawan bahawa pemerintahnya sedang meningkatkan perbelanjaan pertahanan yang bertujuan untuk "mencegah peperangan", dan bukannya untuk memulakan konflik.
Beliau turut sedia maklum bahawa "ancaman kini lebih besar daripada sebelum ini".
"Taiwan mesti mempunyai keupayaan untuk melindungi dirinya sendiri serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan," kata Encik Lai.
Sejak Encik Trump kembali memegang jawatan, Taiwan semakin tertekan untuk membelanjakan lebih banyak lagi bagi perlindungannya serta meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat.
Taiwan memperuntukkan berbilion-bilion dolar untuk menaik taraf sistem ketenteraannya dan membangunkan industri pertahanan mereka sendiri.
Bagaimanapun, mereka tetap bergantung kepada penjualan senjata berteknologi tinggi daripada Amerika Syarikat yang amat diperlukan sekiranya berlaku peperangan menentang China.
Parlimen Taiwan baru-baru ini meluluskan rang undang-undang perbelanjaan pertahanan bernilai AS$25 bilion (S$32 bilion) yang akan digunakan untuk membeli senjata daripada Amerika Syarikat.
Para Ahli Parlimen menyatakan dana tersebut akan menampung hampir AS$9 bilion (S$11 bilion) daripada pakej senjata bernilai AS$11.1 bilion (S$14.23 bilion) yang diumumkan oleh Washington pada Disember lalu, serta fasa kedua penjualan senjata - yang belum diluluskan oleh Amerika Syarikat - bernilai sekitar AS$15 bilion (S$19 bilion).
Dalam pada itu, Encik Trump menyatakan beliau sedang mempertimbangkan penjualan senjata tersebut dan akan membuat keputusan "dalam tempoh masa yang agak singkat tidak lama lagi".
Encik Xi memulakan sidang puncak di Beijing pada Khamis lalu dengan memberi amaran tegas mengenai isu Taiwan.
Pemimpin China itu memberitahu Encik Trump bahawa sebarang kesilapan dalam langkah menangani isu sensitif ini boleh mencetuskan "konflik".

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.