Skip to main content

Dunia

KTMB tawar diskaun 30% sempena pembukaan khidmat tren elektrik ke JB Sentral

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa sebanyak 30 peratus sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral mulai Jumaat ini (12 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
KTMB tawar diskaun 30% sempena pembukaan khidmat tren elektrik ke JB Sentral
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tawar diskaun istimewa sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral. (Gambar: KTMB) 
Diterbitkan : 09 Dec 2025 09:32AM
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa sebanyak 30 peratus sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral mulai Jumaat ini (12 Dis).

KTMB dalam kenyataan pada Isnin (8 Dis) menyatakan tawaran diskaun itu membabitkan perjalanan bermula Jumaat ini hingga 11 Januari depan bagi sektor KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral.

Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata penumpang boleh menikmati tawaran itu dengan menggunakan kod promosi JBBEST ketika pembelian tiket.

Beliau berkata sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Beliau menambah, kemudahan pengangkutan awam itu bukan sahaja memudahkan pergerakan harian, malah menyokong pertumbuhan industri pelancongan dan ekonomi Johor dengan menarik lebih ramai pelancong, termasuk dari Singapura.

"Pelaksanaannya tepat pada masanya menjelang musim cuti sekolah dan hujung tahun, ketika rakyat Malaysia mengambil peluang bercuti ke Johor, manakala rakyat Johor pula menikmati perjalanan mudah ke destinasi luar negeri melalui sambungan tren ETS," kata beliau.

"Kemudahan ini sekali gus meningkatkan pergerakan domestik dan merancakkan aktiviti pelancongan serta perniagaan di kedua-dua arah," kata beliau.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios KTMB bagi kemudahan pelanggan.

KTMB turut memaklumkan pengoperasian berkenaan menandakan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB), membabitkan pembinaan jajaran sepanjang 192 kilometer serta 11 stesen, sudah disiapkan mengikut jadual.

Bagaimanapun, perkhidmatan ETS akan diaktifkan secara berfasa untuk laluan sektor utara selaras dengan proses pentauliahan set ETS.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita