KTMB sedia kereta api khas balik mengundi PRU15
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perkhidmatan kereta api khas Keluarga Malaysia ke Pantai Timur, serta lapan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) tambahan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula 18 Nov hingga 20 Nov.
KTMB dalam kenyataan pada Isnin (31 Okt) memaklumkan sebanyak 716 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan kereta api khas dan 2,520 tiket bagi perkhidmatan kereta api ETS, manakala penjualan tiket akan dibuka mulai Selasa pada 2 petang.
Menurut kenyataan KTMB itu, inisiatif tersebut bagi memberi kemudahan kepada mereka yang akan pulang ke negeri masing-masing, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15.
“Kereta api khas akan berlepas pada 3.40 petang (18 Nov) dari Stesen KL Sentral dan dijangka tiba pada 7.40 pagi (19 Nov) di Stesen Tumpat manakala kereta api dari Stesen Tumpat akan berlepas pada 5.10 petang (20 Nov) dan tiba pada 11.26 pagi (21 Nov),” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, perkhidmatan kereta api ETS tambahan melibatkan laluan Stesen KL Sentral ke Stesen Padang Besar dan sebaliknya serta Stesen Butterworth ke Stesen KL Sentral, turut disediakan bagi tarikh yang sama.
Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB. Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-22671200 atau melayari saluran media baharu rasmi KTMB serta laman web KTMB www.ktmb.com.my untuk maklumat lanjut.

Sumber : Bernama/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.