Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kru Eva Air Taiwan mogok, 71 penerbangan dibatalkan

Syarikat penerbangan Taiwan Eva Airways Corp menyatakan ia terpaksa membatalkan 71 penerbangan hari ini (21 Jun) sekali gus menjejaskan lebih 15,000 penumpang. Ia susulan mogok yang dilancarkan kru penerbangan berkaitan gaji.

Anggaran Waktu Membaca:
Kru Eva Air Taiwan mogok, 71 penerbangan dibatalkan

(Gambar fail: Patrick Lin/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2019 01:04PM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 01:08PM

TAIPEI: Syarikat penerbangan Taiwan Eva Airways Corp menyatakan ia terpaksa membatalkan 71 penerbangan hari ini (21 Jun) sekali gus menjejaskan lebih 15,000 penumpang. Ia susulan mogok yang dilancarkan kru penerbangan berkaitan gaji.

Laman web Eva Air menunjukkan, penerbangan dari Taipei ke New York, Toronto, Chicago, Los Angeles, Paris, Singapura dan Osaka adalah antara yang dibatalkan.

Syarikat itu menyatakan sekitar separuh operasinya terjejas oleh mogok tersebut.

Eva Air, yang cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana beberapa pesawat bertema Hello Kitty, mengendalikan penerbangan ke pelbagai destinasi di Asia serta Amerika Utara dan Eropah.

Menurut syarikat itu, perkhidmatan membabitkan pesawat Hello Kitty, serta barangan dan makanan tidak akan ditawarkan sepanjang mogok berkenaan kerana penerbangan itu perlu kerap diubah.

Sumber : Reuters/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan