Skip to main content

Dunia

Kritikan terhadap hukuman sebat hanya sementara: Menteri Besar Terengganu

Kerajaan Terengganu bersikap positif terhadap kritikan segelintir pihak berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kritikan terhadap hukuman sebat hanya sementara: Menteri Besar Terengganu

Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 08:22AM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 08:26AM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu bersikap positif terhadap kritikan segelintir pihak berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin (3 Sep).

Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata beliau percaya ia bersifat sementara dan mereka akan faham bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah untuk mendidik pesalah yang terlibat dalam kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di negara ini.

"Mereka (masyarakat) kena faham prinsip dan undang-undang yang dilaksanakan itu adalah satu mesej kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa amalan seks songsang tidak wajar diamalkan di negeri Terengganu khususnya dan amnya di negara ini yang mempunyai tatasusila dan norma masyarakat yang beragama Islam.

"Jadi, saya percaya jika masyarakat kita melihat hukuman ini dengan objektif, dengan mata hati dan ilmu serta kefahaman dan bukan dengan emosi mereka boleh terima dan lihat keindahan di sebalik hukuman itu berbanding kaedah sivil yang agak tegas," katanya.

Beliau mengulas mengenai kritikan di media sosial tentang pelaksanaan hukuman sebat itu, selepas Majlis Kesyukuran Meraikan Pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV pada Selasa (4 Sep).

Sebilangan daripada kritikan itu mendakwa hukuman itu membawa kemudaratan terutama daripada segi psikologi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita