Skip to main content

Dunia

Krisis Ukraine-Rusia: AS letak 8,500 askar di peringkat kewaspadaan tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis Ukraine-Rusia: AS letak 8,500 askar di peringkat kewaspadaan tinggi

Gambar fail di timur Ukraine. (Gambar: Aleksey Filippov/ AFP)

WASHINGTON: Keprihatinan jika Rusia menyerang Ukraine semakin meningkat dengan Amerika Syarikat (AS) meletakkan sekitar 8,500 askar pada peringkat kewaspadaan dipertingkat.

Amerika menambah askar-askar itu boleh dikerahkan dalam tempoh masa yang singkat ke sempadan Ukraine dengan Rusia.

Ini jika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) perlu meningkatkan respons terhadap tentera Moscow.

Rumah Putih menyatakan Washington sedang memperhalusi rancangan tentera bagi semua senario di Ukraine.

Presiden AS Joe Biden berkata beliau mempunyai kesepakatan keseluruhan rakan-rakan sekutu Eropah untuk menangkis tindakan Rusia.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika juga memberi amaran tentang serangan siber Rusia jika Amerika bertindak terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine.

Ia menambah ancaman itu menjangkaui serangan perkhidmatan peringkat rendah hingga serangan yang menyasarkan prasarana penting.

Sementara itu, pegawai Rusia berkata langkah Amerika dan NATO serta kenyataan yang dibuat berhubung situasi Ukraine adalah punca sebenar ketegangan itu menjadi semakin meruncing.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita