Skip to main content

Dunia

Krisis penahanan tebusan di saumaah Texas berakhir selepas 10 jam

Krisis penahanan tebusan di sebuah saumaah di Texas, Amerika Syarikat berakhir selepas lebih 10 jam.

Anggaran Waktu Membaca:

TEXAS: Krisis penahanan tebusan di sebuah saumaah di Texas, Amerika Syarikat berakhir selepas lebih 10 jam.

"Semua tebusan keluar dalam keadaan hidup dan selamat' pada jam 9:30 malam (waktu tempatan)," gabenor negeri itu, Greg Abbott di Twitter.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjata menahan empat orang di dalam tempat ibadat Yahudi itu.

Pasukan Biro Siasatan Federal (FBI) menyerbu masuk dan membunuh lelaki itu dan menyelamatkan orang-orang tebusannya.

Lelaki tersebut mendakwa dia saudara pakar saraf dari Pakistan, Aafia Siddiqui yang juga seorang pengganas.

Sesetengah tabloid Amerika menggelarnya "Lady Qaeda".

Aafia sedang menjalani hukuman penjara 86 tahun di Fort Worth, Texas.

Dia didapati bersalah pada tahun 2010 kerana cuba membunuh askar-askar Amerika dan pegawai FBI di Afghanistan.

Sumber : AP/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita