Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Krisis Myanmar jadi agenda utama mesyuarat 2 hari Menteri Luar ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis Myanmar jadi agenda utama mesyuarat 2 hari Menteri Luar ASEAN

Presiden Indonesia Joko Widodo, tampil di majlis perasmian Kick Off 2023 Pengerusi ASEAN Indonesia di Jakarta, Indonesia, Ahad, 29 Jan 2023. Indonesia akan mempengerusikan ASEAN bagi 2023. (Gambar: AP Photo/Achmad Ibrahim)

JAKARTA: Krisis di Myanmar akan menjadi agenda utama mesyuarat dua hari Menteri-menteri Luar ASEAN yang bermula di Jakarta pada Jumaat (3 Feb).

Ia merupakan pertemuan penting ASEAN yang pertama tahun ini dan juga yang pertama sejak Indonesia menjadi pengerusi baru pertubuhan serantau itu.
Indonesia menyatakan ia bersungguh-sungguh mahu membantu Myanmar menamatkan krisisnya.

Bagi tujuan itu, Indonesia telah menubuhkan pejabat utusan khas ke Myanmar seperti yang ditetapkan di bawah rancangan Konsensus Lima Perkara.

Ia akan diketuai Menteri Luar, Retno Marsudi.

"Kita ingin melaksanakan Konsensus Lima Perkara ini menjadi platform atau mekanisme utama dari ASEAN untuk menyumbang membantu Myanmar keluar daripada krisis politik," kata beliau.

Pelan damai ASEAN untuk Myanmar itu dipersetujui kesemua 10 anggotanya termasuk Myanmar pada April tahun 2021.

Namun sehingga sekarang pemerintah tentera Myanmar belum melaksanakan banyak perkara dalam kesepakatan itu.
Sumber : AGENCIES/MU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan