Krisis kemanusiaan: Pasukan bantuan PBB Myanmar minta dana AS$202 juta
PBB menerbitkan dua laporan menggariskan keperluan dan pelan bantuan kemanusiaan untuk Myanmar pada tahun depan. Pasukan bantuan PBB di Myanmar meminta dana AS$202 juta (S$276 juta) untuk membiayai siri program bantuan bagi hampir 1 juta orang susah.
MYANMAR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan dua laporan menggariskan keperluan dan pelan bantuan kemanusiaan untuk Myanmar pada tahun depan.
Laporan-laporan tersebut disiapkan oleh pasukan PBB di Myanmar dengan kerjasama pemerintah negara itu serta masyarakat sivil tempatan dan pihak-pihak yang terjejas.
Pasukan bantuan PBB di Myanmar meminta dana AS$202 juta (S$276 juta) untuk membiayai siri program bantuan bagi hampir 1 juta orang susah.
Hampir satu juta orang di Myanmar memerlukan bantuan kecemasan dan perlindungan akibat krisis yang masih berterusan di wilayah-wilayah Rakhine, Kachin, Shan dan Kayin.
Sekitar 244,000 orang kini berlindung di kem-kem sementara di merata Myanmar. 77 peratus daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak. Bagi kaum Rohingya yang tetap berada di wilayah Rakhine, ada yang masih mengalami penderaan dan penganiayaan.
Ada juga yang terjejas oleh faktor-faktor seperti konflik bersenjata dan tekanan psikologi teruk yang memerlukan perhatian khusus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.