Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Krisis banjir Australia masuk minggu ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis banjir Australia masuk minggu ketiga

(Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 24 Oct 2022 11:09AM Dikemas Kini : 24 Oct 2022 11:09AM

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia pada Isnin (24 Okt) mengeluarkan amaran cuaca buruk yang mungkin berlarutan hingga hujung minggu ini bagi bandar-bandar di bahagian timur negara itu yang sedang dilanda banjir akibat lebat lebat sepanjang hujung minggu lalu, lapor Reuters. 

Beribu-ribu rumah dan ladang di New South Wales dan Victoria, iaitu dua wilayah paling padat penduduk di Australia, ditenggelami air bah. Lima orang maut ketika krisis banjir keempat yang melanda bahagian timur Australia itu memasuki minggu ketiga. 

Sekitar 200 amaran banjir dikekalkan di kedua-dua wilayah berkenaan pada Isnin pagi (24 Okt), dengan 132 daripadanya di New South Wales.

Banyak kawasan pertanian terjejas teruk, termasuk Moree di mana paras air sungai melepasi rekod amaran banjir. 

"Kerosakan yang berlaku amat teruk dan meluas," kata Datuk Bandar Moreee, Mark Johnson, kepada rangkaian televisyen awam negara ABC. 

Pasukan kecemasan menggesa penduduk supaya elak memandu di jalan raya yang ditenggelami air banjir sedang mereka mencari seorang wanita yang dilaporkan cuba keluar dari sebuah kenderaan yang tersangkut dalam air bah berdekatan bandar Mudgee. 

Di wilayah Victoria, penduduk Echuca masih berteduh di sebalik benteng yang dibangunkan minggu lalu sedang paras air di sungai Murray, iaitu sungai terpanjang Australia, menghampiri tahap bahaya dalam 30 tahun. 

Pemerintah persekutuan pada Isnin (24 Okt) menyatakan ia akan memperuntukkan AU$577 juta (S$521 juta) untuk mempercepatkan pengagihan bantuan, sehari sebelum membentangkan belanjawan negara. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa