Skip to main content

Dunia

Kren tumbang hempap tren di timur laut Thailand, 22 maut

Sebuah tren yang bergerak dari ibu negara Thailand ke timur laut negara itu tergelincir pada Rabu (14 Jan) selepas sebuah kren pembinaan tumbang dan menghempap salah satu gerabaknya, mengorbankan 22 orang, menurut pihak berkuasa tempatan.
Anggaran Waktu Membaca:
Kren tumbang hempap tren di timur laut Thailand, 22 maut
Sebuah kren pembinaan tumbang lalu menghempap sebuah tren penumpang di timur laut Thailand pada 14 Januari 2026, mengorbankan 22 orang. (Gambar: Fire & Rescue Thailand)
BANGKOK: Sebuah tren yang bergerak dari ibu negara Thailand ke timur laut negara itu tergelincir pada Rabu (14 Jan) selepas sebuah kren pembinaan tumbang dan menghempap salah satu gerabaknya, mengorbankan 22 orang, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Seramai 22 orang terbunuh dan lebih 30 cedera,” kata ketua polis tempatan di wilayah Nakhon Ratchasima, Thatchapon Chinnawong, kepada AFP.

Kemalangan itu berlaku pada Rabu pagi di daerah Sikhio, wilayah Nakhon Ratchasima, kira-kira 230 kilometer di timur laut Bangkok, melibatkan sebuah tren yang berada dalam perjalanan ke wilayah Ubon Ratchathani.

Polis tempatan memberitahu Reuters melalui telefon bahawa sebuah kren yang sedang digunakan bagi satu projek tren berkelajuan tinggi runtuh dan menghempap kereta api yang sedang melalui kawasan itu, menyebabkannya tergelincir dan terbakar seketika.

Kebakaran itu sudah dipadamkan dan kerja-kerja menyelamat kini sedang dijalankan, menurut polis.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita