Kren tumbang di Masjidil Haram, 107 orang terkorban, semua jemaah S'pura selamat
Sekurang-kurangnya 107 orang terkorban apabila kren tumbang di dalam Masjidil Haram, di Makkah. Pengarah Urusan Syarikat Shahidah Travel, Encik Ayoob Anguilla mengesahkan semua jemaah Singapura selamat.
JEDDAH: Sekurang-kurangnya 107 orang terkorban apabila kren tumbang di dalam Masjidil Haram, di Makkah.
Penguasa Pertahanan Awam Arab Saudi mengatakan kira-kira 230 orang cedera.
Pengarah Urusan Syarikat Shahidah Travel, Encik Ayoob Anguilla mengesahkan semua jemaah Singapura selamat.
Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera. Seorang jemaah haji lelaki dari negara itu dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
Kren tersebut dikatakan merempuh bumbung masjid sedang ramai jemaah yang bakal mengerjakan ibadah haji berada dalam perkarangan masjid.
Cuaca sedang ribut semasa kejadian berlaku.
Kren itu dikatakan tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.