Kremlin enggan bertanggungjawab atas nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Kremlin pada Khamis (9 Jan) enggan mengaku tentera Rusia secara tidak sengaja telah menembak sebuah pesawat Azerbaijan yang terhempas pada bulan lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Kremlin pada Khamis (9 Jan) enggan mengaku tentera Rusia secara tidak sengaja telah menembak sebuah pesawat Azerbaijan yang terhempas pada bulan lalu.
Ini meskipun Baku telah berkali-kali menggesanya supaya mengaku bertanggungjawab terhadap nahas itu.
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev sebelum ini telah katakan pesawat penumpang Azerbaijan Airlines, yang terhempas di Kazakhstan pada 25 Disember lalu, dan meragut nyawa 38 individu, merupakan sasaran tembakan dari bandar Grozny, Rusia yang merupakan destinasinya.
Menurut Rusia, sistem pertahanan udaranya pada ketika itu dikerahkan untuk menembak jatuh dron-dron Ukraine namun ia tidak menyatakan jika ia telah menembak pesawat berkenaan.
Aliyev, yang merupakan sekutu rapat Mosko, pada minggu ini sekali lagi berkata bahawa "rasa bersalah itu" terletak pada Rusia dan menuduhnya cuba "menyembunyikan" punca sebenar.
"Kami terbuka mengadakan siasatan yang benar-benar objektif dan tidak berat sebelah bagi menentukan punca nahas itu," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Khamis.
"Kami sedang tunggu keputusan daripada pihak suruhanjaya," katanya, sambil menambah para pakar Rusia memberikan kerjasama sepenuhnya.

Sumber : AFP/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.