Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

KPDNHEP pertimbang cadangan pamer notis petrol RON95 di pintu sempadan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) akan mempertimbangkan cadangan pengusaha stesen minyak agar notis larangan pembelian petrol RON95 melibatkan kenderaan asing diletakkan di pintu masuk sempadan negara.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof berkata perkara itu adalah satu cadangan yang baik dalam usaha mengelakkan kenderaan asing daripada mengambil kesempatan untuk mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan, yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.

"Notis awal yang dipamerkan ini dapat disediakan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Thai supaya pengembara luar dapat melihat maklumat awal sebelum masuk ke negara.

"Kita akan cuba melihat dari sudut keberkesanan pelaksanaan itu terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya selepas turun padang ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di Padang Besar pada AHad (15 Mei) untuk satu lawatan kerja.

Hadir sama dalam lawatan kerja berkenaan adalah Timbalan Pengarah Penguat kuasa (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil dan Pengarah KPDNHEP Perlis Norazah Jaapar.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan