Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

KPDNHEP pastikan bekalan ayam dan telur di M'sia kekal stabil dan berpatutan

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDHEP) akan melakukan pemantauan berterusan untuk memastikan bekalan ayam daging, dan telur ayam terus stabil.

Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sudahpun menjalankan pemantauan ke atas 20 syarikat pengeluar ayam pedaging utama yang merangkumi tiga syarikat pengamir dan 17 syarikat bukan pengamir.

"Pemantauan ini dilakukan bagi mengesan lebih awal risiko-risiko gangguan bekalan ayam pedaging di peringkat pengeluaran supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa stabil,” katanya lagi, seperti dipetik Astro AWANI. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mahu mengetahui langkah kerajaan untuk memastikan bekalan ayam dan telur ayam tidak terputus, dan mampu dibeli oleh rakyat dengan harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, Encik Nanta turut berkata, unjuran pengeluaran ayam dilakukan setiap bulan bagi membolehkan kementerian merangka pelan tindakan sewajarnya sekiranya dijangka berlaku kekurangan bekalan ayam di pasaran.

Selain itu, katanya, pemeriksaan harian juga dilakukan bagi memantau kedudukan bekalan, dan keberadaan ayam dan telur di setiap rantaian pengedaran iaitu di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit, lapor Astro AWANI. 

Arahan juga dikeluarkan kepada peruncit untuk memperbaharui bekalan yang ada di premis masing-masing dan menghubungi pemborong dan pengeluar jika bekalan mereka jatuh ke tahap pesanan semula.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan