Kotak hitam pesawat terhempas dihantar ke SG untuk analisis rakaman suara
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Kotak hitam perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor pada Khamis (17 Ogos) lalu, sudah dihantar ke sebuah makmal di Singapura bagi mendapatkan semula data rakaman suara 30 minit terakhir sebelum nahas untuk dianalisis.
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook berkata Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Malaysia berdepan kesukaran untuk mendapatkan data rakaman berkenaan kerana CVR yang mengandungi 'memory puck' itu berada dalam keadaan tidak sempurna dan hangus terbakar.
Beliau berkata meskipun luaran CVR itu hangus, namun 'memory puck' yang menyimpan data rakaman suara kokpit 30 minit terakhir itu masih elok, cuma Malaysia tiada kepakaran untuk mendapatkan data itu.
"Oleh sebab kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data berkenaan, jadi 'memory puck' itu telah pun dihantar ke Singapura semalam," katanya dan menambah Malaysia akan dibantu Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura untuk mendapatkan semula data rakaman itu.
Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Semarak Merdeka dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Isnin (21 Ogos), Loke berharap semua pihak dapat memberikan masa kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan analisis rakaman nahas itu.
"Kita tidak pasti (berapa lama) dan kita cuba yang terbaik untuk mendapatkan rakaman itu, bila dah dapat kita akan terus umumkan. Kita pun nak cepat (umumkan) tapi ada isu-isu teknikal yang perlu diatasi," katanya.

Encik Loke berkata laporan siasatan awal nahas pesawat itu, yang disediakan oleh BSKU dan dibantu oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan(NTSB) Amerika Syarikat (AS), akan didedahkan dalam tempoh sebulan.
"Wakil NTSB dipanggil membantu siasatan kerana pesawat itu didaftarkan di AS," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.