Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kotak hitam kedua belum ditemui, China luaskan kawasan pencarian

Anggaran Waktu Membaca:

GUANGXI: Kakitangan penyelamat China meluaskan kawasan pencarian dalam usaha mencari satu lagi kotak hitam perakam pesawat China Eastern di kawasan pergunungan terpencil, lima hari selepas pesawat itu terhempas, lapor Reuters.

Usaha itu bertambah sukar akibat hujan lebat di kawasan berkenaan.

Pesawat penerbangan MU5735 terhempas di bandar Kunming, Guangzhou pada Isnin (21 Mac) dalam kawasan lembah yang dikelilingi bukit curam.

Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh kecil, menyukarkan lagi usaha mencari dan menyelamat.

Seorang pegawai dari Pentadbiran Penerbangan Awam China, Zhu Tao, memberitahu sidang media kawasan pencarian akan diperluaskan, sambil menambah bahawa lebih 7,000 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Pekerja penyelamat juga menemui mayat manusia dan 101 keping barangan peribadi milik penumpang, menurut pegawai pemerintah tempatan Lao Gaojin.

Pegawai pemerintah kelmarin mengumumkan satu daripada dua kotak hitam pesawat Boeing 737-800 itu, iaitu perakam audio dalam penerbangan, sudah ditemui dan sedang diperiksa
pakar.

Pegawai China melaporkan kotak hitam kedua pesawat China Eastern belum ditemui, setakat semalam.

Agensi Berita Xinhua berkata demikian selepas CAAC News, saluran berita pihak berkuasa penerbangan mengatakan kotak hitam sudah ditemui tetapi kemudian memadamkan posting berkenaan di media sosial.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan