Skip to main content

Dunia

Kotak hitam Ethiopian Airlines tunjuk 'persamaan ketara' nahas Lion Air: Menteri Ethiopia

Data kotak hitam yang dikeluarkan dari bangkai pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas minggu lalu menunujukkan "persamaan ketara" dengan insiden nahas pesawat di Indonesia yang melibatkan jenis pesawat yang sama, menurut menteri pengangkutan Ethiopia pada Ahad (17 Mar).

Anggaran Waktu Membaca:
Kotak hitam Ethiopian Airlines tunjuk 'persamaan ketara' nahas Lion Air: Menteri Ethiopia

Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas pada 10 Mac (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 10:56AM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 11:04AM

ADDIS ABABA: Data kotak hitam yang dikeluarkan dari bangkai pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas minggu lalu menunujukkan "persamaan ketara" dengan insiden nahas pesawat di Indonesia yang melibatkan jenis pesawat yang sama, menurut menteri pengangkutan Ethiopia pada Ahad (17 Mar).

Tanpa memberi sebarang perincian, Encik Dagmawit Moges memberitahu para wartawan bahawa persamaan tersebut akan "diteliti dengan lebih mendalam semasa siasatan" dan laporan awal akan dikeluarkan dalam masa "30 hari".

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas penerbangan 302 Ethiopian Airlines terhempas di sebuah padang di tenggara Addis Ababa beberapa minit selepas ia berlepas menuju ke Nairobi. Kesemua 157 orang yang dibawanya terbunuh.

Nahas itu menyebabkan penerbangan menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8 di seluruh dunia digantung apabila penguasa penerbangan mendapati ada persamaan dengan kejadian Oktober lalu, di mana penerbangan Indonesia Lion Air 737 MAX 8 terhempas dan membunuh kesemua 189 penumpang dan anak kapal.

Kedua-dua pesawat dilaporkan mengalami naik turun yang mendadak serta kelajuan yang tidak menentu, sebelum terhempas sejurus ia berlepas.

Sistem 'anti-stalling' automatik yang diperkenalkan pada pesawat 737 MAX 8 menarik pelbagai soalan susulan tragedi tersebut. Sistem itu direka untuk secara automatik menundukkan pesawat jika ia dalam bahaya mengalami 'stalling'.

Para juruterbang Lion Air penerbangan 610 mengalami kesukaran mengawal pesawat terlibat kerana sistem MCAS secara automatik dan berulang kali menundukkan pesawat setelah berlepas, menurut perakam data penerbangan.

Dalam kes penerbangan Ethiopia, kotak-kotak hitam diserahkan kepada agensi keselamatan udara BEA Perancis, yang bekerjasama dengan penyiasat Amerika Syarikat dan Ethiopia untuk menentukan penyebab insiden.

Walaupun puncanya masih perlu ditentukan, Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg pada Ahad berkata, syarikat pengeluar pesawat itu "sedang dalam tahap akhir melakuka pembaharuan pada perisian serta latihan juruterbang yang diumumkan sebelum ini" untuk menangani pergerakan MCAS "sebagai tindak balas kepada input penderia yang salah."

Para pakar menyoal proses pensijilan keselamatan penerbangan Amerika Syarikat selepas mendapat tahu bahawa para juruterbang Amerika Syarikat sudah membuat aduan yang serius berhubung MCAS.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita